Sunday, July 21, 2013

B2 502

assalamualaikum....baru saje berjalan kaki lepas solat tarawih.jalan kaki dengan mak.. biasa lah cuty ni mak aku ade teman  kat umah..hehehe.tibe2 nak update sesuatu ..hehe..bila belek gambar dalam laptop ni ...ada pulak gambar bilik aku kat UMT..ni nak cerita la cikit..dulu pada awal semester 3 aku tak leh terima aku dapat bilik tingkat LIMA...hahahahha..(apa ni tak kelakar pon)..ayah aku sempat angkat barang sampai tingkat 3 je...tak larat..pastu tukar dengan aku..hahahah..ulangalik2 angkat barang ..kurus la jugak aku (untuk beberapa hari je..hahahah)..bila dah tingkat lima ..kalau gap panjang tu..aku dalam dilema nak balik ke tak...kalau gigih balik je..bila lepas makan tu ..turun balik..rasa dah lapaq balik...hohoho..aku ni cerita je lebih ..meh lah nak tunjuk cikit gambar...hehehe..tapi best apa duduk tingkat lima...selalu dapat tingkat bawah2 je..dulu matrik aku duduk bilik satu je..alahai..
inilah suasana tingkat atas sekali..
aku suka perhatikan gelagat orang ..kalau dah tension2 kerja ..
bukan skodeng taw ..tengok2 je..best duduk tepi tingkap
kalau ade meeting club ..aku leh tgk dari atas ..haha..tgk line clear ..
heheheheeh
kadang2 aku suka stalker crush aku dari atas..tgk dia pergi kelas
dia pergi sembahyg jumaat...(OMG!!!)
nak taw sape..(tak payah laaaaaa)
tapi yang tak bestnye...hadapan blok tu..blok lelaki..haiyaaa...
.
.
.

sumber inspirasi aku....=)
walaupon agak berselerak....tapi aku takkan lupa tampal gambar2
sebagai semangat...(dah macam sumber bina semangat lak aku ni..hahaha)..



 ini lah roomate aku untuk tahun 2 ini...at my left ialah adila..yg right ni dah 
memang roomate aku dari dulu..dapat sama lagi..sha..
otak dorang same gila dengan aku..hehee..
walaupon lain kos..tapi kitawang rapat ...=)
hope untuk sem 5 ni nanty aku harap kita dapat same bilik.
.............
aku memang suka imbas balik memori lame..
rindu pulak ...
.......(ZZZzzzzZZ)
*bila dah nak masuk tahun akhir nanty...aku dah kena spend more 
time buat FYP...so rehat la cukup2 cuty ni..hehee*
bila dah masuk tahun akhir ni..aku sedihla ..
tak jumpa lagi mr.right aku,,(tetibe je..)
okaylah..macam tak de topik je aku nk cerita...pasal bilik la..
hahaha...okay la...selamat malam..
jangan lupa niat puasa...jap lagi nak sahur...
%aku tengah merajuk dgn momox..dia curi ayam aku time aku tgh update blog...%



Thursday, July 18, 2013

sekian lama tak berblogging...

assalamualaikum....!!!waahhh dah berzaman tak update...rindu nak typing2 ..biasalah buzy as student ..sekarang aku baru sahaja tamat sem 4 ..dah dua tahun aku jadi student UMT..macam2 aku harungi ..segala kebahagiaan dan keperitan..bukan sahaja aku gelak ketawa(tu dah memang perangai aku) malah aku pernah menangis ..tepi bilik kuliah sorang2 (adalah ceritanya..hoho)..okaylah ..tak mahulah cerita sedih..tu Allah sahaja tahu apa yang aku harungi...tolak ketepi dulu.nak tahu tak apa yang berlaku sepanjang tahun 2013 ini...
selamat pengantin baru imah & mizi pada bulan april yang lalu..hari itu nasib baik lah aku tengah cuti
pertengahan sem 4.tapi dah nak habis cuti aku sanggup ponteng kuliah hari ahad(yelah kat terengganu kan 
dah start sekolah ,kerja,kuliah,tatatata).nasib lah jadual aku xde kelas hari ahad..kerja prof mail pon aku 
sanggup suruh kawan aku hantar..terima kasih yoo..dapat lah aku jumpa kawan2 kelas ...soalan yang same je aku dengar.."eh bila ko nak kawin".."dah jumpa "..senyum jela kalau belum jumpa lagi..
rindu sangat kat dorang ...tengoklah gelagat dorang...same macam dulu


selesai pernikahan imah(manisnya aku berjubah,,,heheh)
hahaha..takde keje  main kawin2

okay selesaaaiii

aku join ajk multimedia untuk international mathematics convection 2013 
macam2 aku belajar ..macammne nak buat banner,banting,poster.
.nak puaskan hati orang lagi..kritikan orang..hoho..walapun 
macam2 problem melanda dalam menjayakan program ni..tapi 
puas hati dengan kerja ni..boleh ambik sebagai pengalaman hidup..
hui bukan senang taw..dua hari program tu berjalan ..memang
tido lambat ...hati berdebar betul bila kena 
naik atas stage ambik gambar..semua tengok gelagat aku ayoo sabar jela..hahaha
masa burumatik aku naik moto dengan mira ..konon2  paparazi.haha
.ingat lagi last2 minit video montage buat hal saat kena present masa dinner IMC..nasib baik 
dapat pujian jugak dengan tepukan..puas hati ..=) last2 aku telelap n merapu masa postmortem.
jangan marah ae.

tengoklah gelagat ajk multimedia iMc 
thanks to mira,kak bie,ain,yana,abang azmie,yana bunga..best keje dgn korang..

gambar last takleh tahan..poyo je aku ni...okay lah kena stop 
nanty aku cerita lagi ..ni yang mampu untuk hari ini..
apa pon aku akan update untuk cerita yang seterusnya..lupa nak koba
SELAMAT BERPUASA ...=)

Thursday, April 19, 2012

darurat 11

assalamualaikum?
hari ini nak cite pengalaman yang banyak memberi pengajaran pada rose 
sedih pun ada tapi bila pikir balik kelakar pun ada..haha

17/04/2012(cuaca agak cerah)

hari ini kelas advanced calculus dibatalkan sebab dr ruwaidah tahu budak2 mesti stress lagi pasal test 1 malam tadi(tak tahulah result macamne).Aku pun dengan bangganya bangun lambat siap berlagak dengan roomate yang ada kelas pagi..haha(sori2).Lepas itu aku ingat nak buat perbincangan  assignment kenegaraaan ada yang belum siap lagi pada waktu petang ini dalam pukul 3 camtu.Aku pun seronoklah tidur lpas sembahyang zohor .Dibuai mimpi yang tah pape.
 Dalam pukul 2.45 tersedarlah aku dari tidur.hui nikmatnya ish3.Aku pun siap2 nak pergi ke cafe lama .Dah bermesej2 group aku kata kat mana?.nak2 dibah..sayang kau..sampai2 jer  norisah dengan dibah dah ada.Aku just tunggu yang lagi dua orang iaitu timah dengan imah.Tak apalah aku maaf kan.(muka baik ni..haha..baiklah sangat).Aku pun start perbincangan ..ringkasan artikel baru nak gabung itu pun ada yang tak lengkap lagi.tapi tak ada rupa discussion ..asyik golak jer..sabar jela..nak2 dibah dengan timah suka wat citer klakar pecah perut aku dengan dorang ni.
Dalam pukul 4 petang pasal assignment pun selesai bincang.Dah tutup laptop dengan buku2 dah masuk dalam beg.Dah bersedia nak balik.tapi sebelum itu timah nak bincang pasal rumah sewa sebab tuan rumah dah tepon nak ajak tengok.Aku tak kisah tapi dibah rasa suruh pergi hari lain.Aku pun tak ada pilihan hari lain lah lagipun panas .Imah pun nak dah bangun nak pulang.kegembiraan kami hanya sekejap sahaja.
Tiba-tiba seorang lelaki kelas aku yang afiq datang tanya kat imah pasal asssignment.Aku tengok dari jauh muka imah macam terkejut.Aku pun pelik tapi ada lah tu.Imah pun datang balik Cakap pasal assingment kenegaraaan."eh korang assigment kena hari ini lah tapi cuba tengok kat mylearn .bukan hari rabu ke?"-imah.Aku dah start cuak bukaklah mylearn.


Kerja Kursus mesti dihantar mulai 15-17 (Ahad-Selasa)
 Sebelum pukul 5.00 petang. 


sekarang dah pukul berapa ea?


 4.10 petang
ringkasan belum gabung!
rujukan masih berterabur kat laptop!
belum print lagi!
kena hantar softcopy dan hardcopy! 

BERMULALAH DARURAT KUMPULAN 11
keadaan kitaorang huru hara sangat.aku ni jenis cepat kelam kabut lagi-lagi waktu kritikal tahap gaban macam ni.Timah suruh aku telefon ketua untuk kepastian.memang betullah..kena anta hari ini kalau lambat kena tolak.Aku dah speechless tak tahu nak cakap apa lagi.Tapi kat cafe lama ada lah satu group tengah buat jugak..so bergabung kelam kabut.Dibah tukang taip untuk wat softcopy .aku tukang print itu pun banyak ..adui napa lah aku letak lampiran banyak sangat.huhu.Dalam beberapa minit kemudian ,ketua aku izzul datang dengan motor .Dia cakap ko baru tahu ke hari ni.Aku dengan dah sememeh tudung sengit dah serabut ni .Dia cakap buat slow2 dulu.Itu pun aku lupa  ada lagi satu lampiran kat dalam bilik.Aku pun pecut lari masuk bilik yang tingkat 3.roomate2 aku tengok pelik aku berlari2 cari kertas dua helai itu.Bila dibah dah buat softcopy.Aku  dengan timah pergi print nasib baik dalam cafe lama ade kedai print.Itu pun ada yang salah print.MAAF SANGAT ATAS KECLUMSYAAN AKU.Dibah pun tolong sekali.Norisah yang jauh rumah sewa terpaksa pusing balik tak pasal2 dia pun kena malapetaka ni.Imah pun sama bergabung tenaga.Akhirnya tepat pukul 5 petang siap jugak.Afiq dengan izzul tolong hantar kan.kami kat cafe lama just tunggu jawapn dari dorang


Dalam 5.30 petang,Afiq pun datang balik.dia cakap ustaz terima hardcopy tapi yang softcopy ustaz nak sebijik macam hardcopy.Nak buat macam mana.benda dah berlaku.Dibah nak buat balik semua mlm itu jugak rasa macam tak puas hati kerja kelam kabut.Aku dapat rasakan yang aku gagal jadi ketua kumpulan.Rasa macam jahat sangat aku ni.huhuhu.terima kasih afiq dan izzul atas kerjasama anda.(^_^)

18/04/2012(lepas kelas kenegaraan)
Dibah dah siap hardcopy n softcopy dengan jaya.CAYALah dibah!!..aku pun terserempak dengan ustaz kat tepi jalan.AKu cakap baik2 dengan beliau.Tapi tersasul cakap.Hati aku nak cakap nak tukar assigmnet semalam nak baiki pulih.aku tercakap ustaz saya nak tukar assigment semalam sebab semalam buat cincai boncai.ustaz pun pelik rasa nak gelak pun ada.Hah?cincai boncai apa itu?.adui apa lah aku ni.macam cakap dengan kawan pulak.Dibah dah gelak kat belakang aku.Kami pun follow ustaz pergi bilik nak replace kerja.Nasib baik beliau consider..hehe..Dalam bilik ustaz..debaran melanda aku dengan dibah.Akhirnya ustaz terima kerja GROUP 11.bertapa leganya hati ini!!..rasa baru lepas peperangan.ustaz cakap dah cukup comel kerja ni...tersenyum lebar aku.aku pun tanya banyak tak kena tolak markah.beliau cakap ala cikit je..salah aku jugak. .memang sesuai dengan tajuk assigmnt kitawang -suasana darurat tanah melayu 1948-1960.yang ni darurat kumpulan 11..hahaha..gurau jer..Terima kasih sangat2..cuma tinggal pembentangan sahaja minggu depan.Alhamdulillah....



Itulah ceritanya.banyak memberi pengajaran kepada semua.barulah rose sedar banyak lagi kena belajar jadi ketua .Lepas ini tak mahu ulangi perkara yang sama.InsyaAllah .
moral of story
  • alert dengan maklumat terkini
  • jangan lambat2kan kerja
  • jangan gelak sangat nanti ada perkara sedih berlaku
  • sabar







Tuesday, April 17, 2012

selamat bertunang jajad dengan kak elin


SELAMAT BERTUNANG JAJAD dengan KAK ELIN
semoga jodoh berpanjangan..amin..dah ada bakal kak ipar(jgn jeles)
pertunangan mereka berlangsung pada 14 april 2012
nasib baiklah masa tu rose tengah cuti midterm seminggu..
kalau tak...meraung kat umt tonggak jaya ni...
tengoklah sangat serasi kan dorang ni
sweet3...


dah macam baru lepas nikah pulak rose tengok..hehe..apapun sekarang baru lesen L lagi belum P taw..


sangat kreatif kak elin..apa yang rose dengar dia yang buat semua...


inilah hantaran dari pihak lelaki...rose minat yang tempat letak cincin ala2 sangkar burung gitu

persiapan nak pergi klang ..tengoklah rose dah macam sememeh je..macam tak larat nak angkat..hehe.
"semua beratur.....kita nak ambik gambar ni"-kawan jajad
tak tawlah byk gambar rose asyik nak gelak jer..haha..tengoklah wajahku yang tergelak sorang2
tersenyum lebar abangku dengan kita..sampai tak taw mana satu yang bertunang. rose ke abang rose.haha..(hotkan bajuku..hehe)
agak bengang lah jugak kawan abang rose cakap
"ajad ko nampak tinggilah berdiri sebelah adik ko",-kawan jajad

cicin hantaran
sempat bergambar...padahal keje banyak kat luar..(malam sebelum pertunangan..ada wat kenduri)
syue yang setia bersamaku mlm itu,thanks bantu kite bagi gudibag..hehe..
MY BEST FRIEND

nampak sangat muka dah berumur ...hehe

ramai jugak yang join pergi majlis pertunangan abang rose ..alhamdulillah berjalan dengan lancar.
pertunangan ikat selama setahun setengah insyaAllah bulan 6 tahun depan
semua kita jemput nanti...jangan risau
p/s=rose belum terpikir lagi nak kahwin...jodoh belum sampai...so jangan tanya2 lagi ye..haha

Saturday, March 24, 2012

kenali roomateku yang gila


assalamualaikum??..
malas nak tanya sihat ke tak
confirm2lah yang sedang on9 tak kira sihat ke tak
sama je..masih boleh taip2..(cik rose sudah start merepek)
okay2
kita belum cerita lagi kan life kat umt ni macam mana
tapi sebelum tu kita nak kenalkan
korang roomateku yang gila

ini lah saka2 IA 304..
saka2 gila..




sha manis nya rupa..tapi kuat terkejut..hehe
zati nama diberi....suka menyanyi ..kalau masuk pertandingan..sah2 dia menang
sebab adanya PA macam rose ni..wawawaw
saya bersama ija(tapi sekarang rambut dia dah pendek)

mereka lah kakak2 ku...pembuliku..hahaha...tapi kita dapat
duduk sesama sampai sem2 je
rasa macam sekejap je masa
berat nak tinggalkan dorang..bila dah sem 3 nanti kita dah berpisah
tak dapat nak layan kerenahku yang gila ni..
(T__T)

tak apa

sem 2 ....


assalamualaikum??
alhamdulilah dah minggu ke 6 dlm sem 2 ni
agak mencabar lah jugak subjek kali ni
pointer sem1 alhamdulillah tercapai jugak _ _ _ _ _
(cite lamalah dik baru nak cite)
tapi tak tahu lah sem 2 ni
harap boleh melakukan
YAKINKAN DIRI!!!!

sem 2 ini macam2 kena pikir
rumah sewa untuk sem 3 nanti(memandangkan tak berapa
aktif kata tok)
assignment banyak

subjek agak mencabar
duit banyak keluar (shopping kat pasar payang)nafsu2!!
tak lah anggp cabaran sebagai student.....yeah!!

yang penting harap kita tidak mudah putus asa
keep smile!!

dah berzaman..ish3


assalamualaikum??
selamat pagi !!!selamat tengah ari!!..selamat petang
hui dah berzaman takpdate blog
boleh lak dah lupa password
dasar cik rose
hehehe
kita ingat nak aktif semula blog
nak cerita ceritu ceriti macam2
kepada yang sudi membaca jelah
nak kutuk tu jumpa face to face jelah tak yah
nak aibkan orang lain kat mana2..
tak baik2

insyaAllah kalau kita tak sibuk
terupdate lah blog ...(macamlah sibuk)
ps=curi masa nak online padahal jap lagi ada kelas advanced calculus
tatata