Tuesday, July 19, 2011

alhamdulillah cinta(cerpen)




Assalamualaikum?
salam ukhwah dari rose

ini sebuah cerpen menarik rose baca dan mahu share dengan korang
baca dengan penuh menghayati taw....

ALHAMDULILLAH CINTA



Bermulanya sebuah kisah pada tanggal 23 Julai 20xx. Sahabat karibku, Muhsin, selamat diijabkabulkan dengan seorang muslimat yang dipadankan oleh murabbiku dan zawjahnya – Ustaz Zikry dan Ustazah Murni.

“Barakallahu lakuma wabaraka ‘alaikuma wajama’a bainakuma filkhair. Semoga Allah memberkati untukmu dan berkat ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebajikan,” doaku kepada Muhsin sebaik akad nikah selesai.

“Jazakallahu khair, syeikh!” ucapnya lantas memelukku. Ternyata dia sungguh gembira pada hari itu. Almaklumlah, sudah bergelar suamilah katakan.

“Anta bila lagi nak menyusul ana? Cepat-cepatlah mendirikan rumah tangga,” bisiknya kepadaku dalam pelukan ukhuwah kami.

Aku tidak menjawab. Kubalas dengan senyuman sahaja. Ah, terlalu ramai yang menggalakkan aku agar segera bernikah! Tua sangatkah umurku? 23 tahun... muda lagi. Masih boleh enjoy.

Beberapa bulan selepas itu, Hamdani pula mendirikan rumah tangga. Dia juga sahabat karibku. Nampaknya tinggal aku seorang saja dalam anggota usrahku yang masih solo. Istilah yang kami gunakan ialah KIB – Kelab Ikhwah Bujang.

Doa Buat Pengantin Baru kulafazkan kepada Hamdani, sama seperti yang kuungkapkan kepada sahabat-sahabatku yang lain dalam perkahwinan mereka.

“Nafiz, bila pula giliran anta nak berkahwin? Ayuh, perkara yang baik perlu disegerakan! Bukankah Nabi bersabda bahawa sesiapa yang bernikah beerti dia telah menyempurnakan separuh daripada agama?”

Hadith Tentang Pernikahan
“Barangsiapa yang berkahwin, maka dia telah melindungi (menguasai) separuh daripada agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah untuk memelihara yang separuhnya lagi”. (HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi)

Seperti biasa, aku hanya tersenyum. Bersetuju tidak, membantah pun tidak. Aku sebenarnya takut. Malah belum bersedia untuk menjengah ke alam rumah tangga.

“Nak tunggu kita rasa cukup bersedia untuk bernikah, sampai bila-bila pun kita tak sedia,” ujar Ustaz Zikry ketika aku meluahkan masalahku kepadanya. “Apa yang kita perlu persiapkan ialah keimanan dalam diri kita. InsyaALLAH, kalau kita sudah siap dengan bekalan iman di dada, kita boleh memimpin keluarga di jalan yang diredhaiNYA.”

Aku berfikir dalam-dalam. Kemudian, aku membuat kata putus setelah aku berselawat tiga kali dalam hati. “Akhi, insyaALLAH ana mohon akhi jadi orang tengah ana. Carikanlah pasangan yang akhi kira cocok buat diri ana yang hina ini.”

“Alhamdulillah! Ana terima lamaran anta untuk menjadi pasangan hidup anta,” jawab Ustaz Zikry.

“Erk?!”

Dia ketawa kecil melihat responku. “Ana gurau sajalah. Ana nak katakan bahawa ana menerima lamaran anta untuk menjadikan ana sebagai orang tengah,” jelasnya sambil menepuk-nepuk bahuku. “InsyaALLAH ana cuba carikan zawjah solehah buat anta.”

“Jazakallahu khair, akhi.”

“Hmm... anta buat keputusan ni, anta tak rasa terpaksakan? Almaklumlah, semua orang asyik bertanya tentang status bujang anta. Ana risau anta buat keputusan ni kerana ingin senangkan hati orang lain. Risau pula kalau anta pula yang berduka hati.” Ustaz Zikry meminta kepastian dariku.

“Ini keputusan ana, akhi. Bukan kerana pujukan atau sebagainya,” jawabku ringkas.

“Anta banyakkanlah solat istikarah. Minta pendapat orang tua. Kemudian, hubungi ana kalau anta benar-benar sedia,” Ustaz Zikry masih merasakan bahawa keputusanku sebentar tadi ialah keputusan terburu-buru.

Mungkin benar katanya. Aku memerlukan beberapa waktu untuk memikirkan soal pernikahan ini. Dalam beberapa hari, kurujuk beberapa maklumat berkaitan tentang perkahwinan. Akhirnya aku menemui sebuah hadith yang kukira menjawab teka-tekiku.

Hadith Tentang Pernikahan 2
“Barangsiapa yang telah merasa sanggup (mampu) untuk berumahtangga, maka hendaklah ia bernikah. Sesungguhnya nikah itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang belum sanggup (mampu), hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat mengurangkan nafsu syahwat.” (HR. Bukhari)

Sepanjang bekerja di hangar (bengkel pesawat), aku mulai diserang penyakit debaran. Ustaz Zikry telah menjumpai muslimat yang sesuai buatku. Gambarnya telah dikirim, namun kutidak mahu melihat gambar tersebut kerana khuatir fikiranku terganggu. Kualaskan keyakinan kepada ALLAH SWT bahawa orang tengah yang soleh pasti akan menjumpai muslimah solehah buatku. Aku terima dia seadanya kerana apa yang kumahukan ialah Islamnya.



Majlis walimahku berlangsung secara bersederhana. Kali ini aku pula yang menerima ucapan doa pengantin daripada kawan-kawanku. Usikan-usikan mereka tidak dapat kuelakkan. Aku belum lagi berkesempatan untuk mendekati zawjahku kerana sebaik ijab kabul selesai, disusuli doa kesyukuran, kami berdua terus melayan tetamu. Kami sebenarnya malu antara satu sama lain.

“Najwa Amani, abang suka nama tu. Indah disebut, secantik empunya nama,” pujiku pada malam pertama kami berdua. “Bisikan Rahsia Ketenanganku, maksud nama Aini sungguh mendamaikan.”

“Aini?” ulang zawjahku. Timbul cemburu dalam hatinya apabila aku menyebut nama lain. “Najwa sedar diri Najwa bagaimana. Najwa berbadan gempal, tidak secantik muslimat yang lain. Namun, Najwa juga seperti muslimat lain yang disarungi rasa cemburu.”

“Aini cemburu?” tanyaku sambil tersenyum.

“Siapa Aini?” zawjahku bertanya perlahan. Ada getaran sedih di peti suaranya.

“Aini itu gelaran khas abang buat sayang. Kerana sayang ialah ‘mata’ yang membuat abang berasa tenang. Mata yang membuat abang berasa semakin dekat dengan Maha Pencipta.”

“Aini itu... gelaran buat Najwa?” zawjahku mengukir senyumannya. Kembang hatinya apabila aku merungkai misteri di sebalik nama Aini, yakni Mataku.

“Gelaran daripada Pemburu Cinta Ilahi khusus buat zawjah yang membantu abang mencapai matlamat tersebut,” tambahku.

“Abang tidak menyesal kahwin dengan Aini?” zawjahku mulai membahasakan diri dengan nama barunya. Kukuis pipinya kerana bijak mengambil hatiku dengan penerimaan gelaran itu.

“Tiada perkara yang membuat abang menyesal mengahwini Aini.”

“Macam yang Aini cakap sebelum ni. Aini ni tiada potongan badan. Tidak layak untuk abang yang tampan. Aini cuma takut abang mencari pasangan lain selepas ini,” sekali lagi zawjahku memperkecilkan dirinya.

Kuraih tangan zawjahku dan kutekap di dadaku. Kutatap matanya biar getaran kasih kami melantun kuat. “Ada tiga perkara yang ingin abang sampaikan kepada Aini,” ujarku.

“Pertama, abang tak mahu Aini mengatakan bahawa Aini tidak cantik dan sebagainya. Aini tahu bukan, ALLAH berfirman dalam surah at-Tiin ayat keempat bahawa seindah-indah ciptaan adalah manusia. Oleh itu, kalau Aini mengatakan sesuatu yang memperkecilkan ciptaan ALLAH pada diri Aini, bermaksud Aini memperkecilkan kuasaNYA. Aini cintaku, kamulah wanita tercantik buat abang,” ketika kututurkan ayat itu, mutiara jernih mengalir di pipi zawjahku. "Seindah hiasan duniawi ialah wanita solehah," sambungku lagi.

“Kedua, abang kahwini Aini kerana Islam yang ada pada Aini. Abang tidak pandang yang lain. Bagi abang, jika indah Islam seseorang itu maka indahlah dirinya. Dan sangat beruntung bagi sesiapa yang memilikinya. Sesungguhnya abanglah orang yang paling beruntung sekali kerana dapat mengahwini seorang puteri yang menjaga agamanya,” kemudian ku titipkan sebuah hadith sebagai tazkirah buatnya.

Hadith Tentang Pernikahan 3
“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Mendapat keuntunganlah barang siapa yang menikahi perempuan kerana agamanya. Maka anda akan memperoleh keberkatan” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Dan yang terakhir, abang ingin memberitahu Aini. Janganlah ditolak akan poligami. Kerana sesungguhnya sesiapa yang menolak poligami, maka dia sebenarnya menggalakkan penzinaan.” Aku berhenti seketika untuk melihat respon zawjahku. “Tetapi, bersyukurlah sayang kepada ALLAH kerana abang berniat untuk bernikah seorang sahaja. Hanya Aini seorang ‘Aini’ buat abang.”

“Demi dzat yang jiwaku dalam genggamanNYA, aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika hilang agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu,” kata-kata Imam Nawawi kulafazkan, kudakap zawjahku penuh kasih.

Akan kujadikan dirinya berasa istimewa. Akan kuhapuskan segala rasa rendah diri yang bertakung dalam dirinya. Aku mahu dia menjadi sayap kiriku yang sentiasa menyokong perjuanganku. Berkatilah kami ya ALLAH. Redhailah percintaan kami!

Ibrah:
Duhai srikandi islami, jangan kau risaukan zahiriahmu. Kau tetap menjadi pilihan Perindu Ilahi, selagimana kau menjaga agamamu. Kupinta kepadamu, genggamlah cinta hakikimu seeratnya. Nescaya akan dilimpahiNYA dikau dengan insan assoleh.

Duhai pahlawan deeni, kahwini bidadari yang solehah. Angkatlah mereka sebagai pemilik cinta, selepas Dia dan pesuruhNYA. Jangan kau terpedaya dengan rupa, kerana hanya agama yang boleh membuatmu bahagia.

Duhai kalian berdua, sungguh bahagianya percintaan yang dibina. Namun jangan alpa, DIAlah selayaknya dicintai menjulang tinggi. PesuruNYAlah juga wajar lebih dicintai, berbanding pasangan kalian. Bercintalah kalian di bawah lembayung kasih dan rahmatNYA.

Alhamdulillah Cinta!


*subhanallah....rose tersentuh baca artikel..sangat menarik
dan bermakna.rose rasa macam nak nangis pun ada .
inilah sebuah percintaan yang diredhai oleh Allah s.w.t
Suami menerima seadanya
isterinya tanpa mengira paras rupa
..yang penting agama .agama yang boleh
melahirkan sebuah keluarga mawaddah warahmah.*

(nk sambung nangis balik..tatata..)




Friday, July 15, 2011

allhamdulillah....

assalamualaikum???
alhamdulillah dengan berkat doa
syukur tak terhingga
rose dapat tawaran ke UNVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
UMT kat terengganu
dalam kos
matematik komputasi
terima kasih izzamil yang telah tolong checkkan
result upu den ni...
maaf lah merosakkan telinga anda
dengan jeritan den..hahaha....
jangan marah ye kawan
dalam hati rose sekarang tak tentu arah
happy + sedih +cuak + ttuuutttttt = itulah rose


Tahniah kepada kawan2 rose yang
dapat tawaran ijazah......
nampak gayenye ramai dapat belah utara
hahaha....
takpe lagi sempat lagi nak jumpa korang

*kalau ada jodoh...kita pasti bertemu*

Tuesday, June 7, 2011

rose G.E.M.B.I.R.A



Assalamualaikum???
sempena cuti sekolah
rose balik duduk kampung..saje releasekan tension
dan tekanan yang ada dalam hati terluka lagi terseksa ni..cewahhh...
hehehe....
dari hari sabtu ....semalam adalah hari yang paling GEMBIRA bagi rose
tengah cuti2 melaka ni...pergila melawat zoo...tengok kawan2 den kat sana
hahaha....macam2 jenis bintang yang ada kat sana..best sangat...bagi rose la..
walaupun penat berjalan jauh tapi tak rase letih pun...jalan je...mak dengan mak cu rose
tak tahan letih berjalan sekeliling zoo..
rose je yang asyik hilang ...mak den berapa kali asyik tepon rose..mana hilang


ni beberapa gambar yang sempat ambil semalam...sebenarnya ada banyak tapi nilah
gambar yang BAAAEEEKKK punye


ni tiket masuk ...nak tunjuk gak...

SELAMAT DATANG

yang kiri tu mak cu dan yang kanan tu mak rose
yang menemani rose berjalan2 kat zoo

tengok dia pun pandai posing....

comey x kite???

ada macam patung tak??

pergh kalau rose terjun mau dia makan rose
tak abis sampai tujuh keturunan

perenang terBAIK







ini cenderahati beli kat kedai zoo
hahaha..tah pape je..beli ular..nak takutkan orang...
ingat lagi time tengah cari barang yang menarik..
ada budak takut kan rose dengan patung lipan..rose = ele..lipan je..
pastu rose tunjuk tikus..budak tu menjerit ...hahahahahahaha

walaupun penat tapi rose GEMBIRAAAAA....


*dah lama tak online facebook...malas *
kampung den pun da ada wifi...mak cu rose pasang...
tak payah nak #%@^&()* line..
heheheheehe


Wednesday, June 1, 2011

cartoon frame....


assalamualaikum???

hari ini rose nak ajar seni kreatif
yang bertajuk

CARTOON FRAME



mula2 baca bismillah
okay bahan2 yang diperlukan adalah
1.gam
2.gunting
3.lidi
4.piring polestren (2)
5.water colour
6.jangka lukis
7.berus
8.gambar kartun
9.das(jika perlu)
satu polestren dibuat lubang untuk muka depan
lekatkan dua polestren...

warnakan polestren ala2 kulit kayu....
kalau anda lebih kreatif...warna dengan cita rasa anda

hiaskan cartoon frame anda macam diatas...
comelkan!!!!!!!
seolah2 kartun spongebob tu
datang umah..hehehe(pss...spongebob faverat rose!!!)


ENJOY UR DAY!!!!!!!

kaki baby...mau cuba




assalamualaikum???
hye adik2...
mesti adik2 bosan duduk umah cuty skola ni..
tak ade nak buat apa2 selain dari online facebook...hehehe
ni akak nak tunjuk sesuatu yang boleh hilangkan rasa bosan...
meh sesapa yang minat seni kreatif....
harap enjoy.....



tapak kaki bayi


senang je ...mula2 genggamkan tangan anda mcm nak tumbuk orang


sapukan water colour..ikut cita rasa anda mau letak warna apa...asalkan
SENYUM!!!!!!


tekan sekuat hati...pastu jadilah..

yang jari tu...coplah guna jari tangan anda sendiri....


menarikkan...cubalah adik2....


*enjoy cuti sekolah anda dengan melakukan perkara2
yang berfaedah....pss jgn lupa study sekali ye...
(^____^)

Friday, May 20, 2011

Excitednya!!(19/05/11)


happy birthday ija...hahaha..yg excitednya.macam dpt anugerah bintang
popular lar plak...

Tuesday, May 17, 2011

bosan.......




OOowhhhhh..tidaakkk!!!!

rose

BOSAN

BOSAN

BOSAN!!!!!!!


B.O.S.A.N!!!!!!!!!!!!!

da tahap kritikal....

tOLOOOONNGG!!!

*baik korang wat sesuatu sebelum jadi macam ROSE...hehehe*

16 / 05 /11(ada apa ye??)



16 mei 2011 rose dengan geng2 bgvl bersiar-siaran
kat seremban...haha..selalunya kiteowang selalu jalan2 kat
KLCC bertakhta di hati a.k.a gaint ...tapi mau tukar angin katakan
yang join pergi seremban....tak lain tak bukan


ROSE


SYUE


MILA


KEYNA


ZAMIL


AENA


FAIQ


REENA



okay nak cerita dari awal ni....
mula2 jumpa kat bus stop seri pagi ...janji nak pergi pukul 10
pagi katakan...tunggu2 bas...punye menceceh lama..
lamo menunggu...dalam pukul 11 camtula ..baru lah bas sampai
bak kata mila...kalau pergi sekolah dulu ..macam mano la..hahaha
sebelum ni ada plan nak pergi sekolah b4 pegi s`ban..
hampeh dah semua segan..dgn den sekali sogan..jadilah cancel lah...
bila dah sampai kat seremban parade..tengok tempat main
bowling...perghh..ramai giler...so plan pergi
terminal seremban...jalan kaki da kerja selalu buat...


tengoklah gelagat kami kat sana....





tengoklah gelagat orang sawan tunggu makan..




syue.....yang baru sahaja baik demam...




bak kata syue..gambarku yang paling menyerlah.....




comey2 sume...(nape dengan den tu?)







pizza...nyam2..




dah habis makan...tengok movie...
tak taw nape rose asyik gelak tengok cite ni..hehehe




muka bangga dapat naik ktm ke senawang..haha..yang baru bukak tu..
nasib baik da asing pompuan dengan lelaki
tak de lah segan nak posing maut tangkap gambar...haha


*sebenarnya nak update lepas balik tu..tapi nak wat macam mane
balik terus menjadi puteri beradu sampai subuh...hehehe*



Saturday, May 14, 2011

nak cuba.....




ari ni seronok sgt...
tolong jiran rose packing makanan untuk budak2
skola asrama...iaitu kat skola sains kuala pilah
kerja wat kat umah...best kan...dapat lah jugak duit poket....nak
topup ke apa..hehehe...
yelah bosan2 duduk umah...baik wat sesuatukan...kalau
tak boleh naik gila den dibuatnya...


ni nak tunjuk hasil kerjaku...excited nak tunjuk ni...
mana lah taw..korang nak tempah kat rose ..hehehe..



sebelum tu ...jiran rose ,auntie shai pesan ..sebelum nak
mula buat kerja..mesti niat di hati ..nak beri adik2 makan...



menu untuk ari ni....

*BEBOLA AYAM SPECIAL*



kono robus dulu


pastu cocok dengan lidi


letak maiyonis dengan cili sos..nyammm2..



letak dalam kotak...



tengok.....3 kotak ....puas hati den..hehehe..siap
untuk dihantar ke sekolah...















Sunday, May 1, 2011

RINDU pantai pengkalan balak....





hari ni belek gambar2 masa matrik dulu..teringatlah pulak
pergi pantai pengkalan balak...dengan kawan2..rindu dengan
bunyi ombak pantai...


*cantik x???..bentuk ape la tu...



ROSZIANA!!!!!


indahnya...........


saaayyyuuu..........


bergambar selepas puas mandi..(ayat skema tol)


opppss...rahsia...rose je yang taw..lalala



andai lelaki tahu.....



ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.



Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.



Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.


Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda......(^.^)





*artikel ni rose terbaca kat facebook...pengetahuan baru....hati
seorang wanita hanya Allah yang tahu...jangan risau tentang jodoh..
setiap manusia dicipta dengan pasangan masing2..jodoh dan pertemuan ditangan Allah..
tak kisah itu adalah fitrah manusia..yang penting jangan nafsu
melebihi iman kita..


Friday, April 29, 2011

HARAPAN besarKu...



Semua orang ada hasrat nak mencapai harapan
tinggi dalam hidup...rose pun ada
jugak nak simpan hasrat iaitu
(rose tunjuk je lah..korang pikirlah sendiri..hehehe)

HARAPANKU!!!!!





tolonglah........rose dah kempunan nak pergi sana..korang tak teringin
ke nak pergi sana..huhu...rose teringin nak tengok depan mata sendiri
binatang2 liar ke orang liar ke..hahaha
..kat zoo negara..


Korang tengoklah.....




*aaaarrrgghh....comel2 semua....tolonglah sesiapa bawakkan anak
jati malaysia ni pergi zoo....lagi satu perkara yang rose nak buat


....*nak peluk ORANG UTAN!!!!*....






harap impianku ini tercapai...amin....



Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir!!!!!!!!!!