Thursday, April 19, 2012

darurat 11

assalamualaikum?
hari ini nak cite pengalaman yang banyak memberi pengajaran pada rose 
sedih pun ada tapi bila pikir balik kelakar pun ada..haha

17/04/2012(cuaca agak cerah)

hari ini kelas advanced calculus dibatalkan sebab dr ruwaidah tahu budak2 mesti stress lagi pasal test 1 malam tadi(tak tahulah result macamne).Aku pun dengan bangganya bangun lambat siap berlagak dengan roomate yang ada kelas pagi..haha(sori2).Lepas itu aku ingat nak buat perbincangan  assignment kenegaraaan ada yang belum siap lagi pada waktu petang ini dalam pukul 3 camtu.Aku pun seronoklah tidur lpas sembahyang zohor .Dibuai mimpi yang tah pape.
 Dalam pukul 2.45 tersedarlah aku dari tidur.hui nikmatnya ish3.Aku pun siap2 nak pergi ke cafe lama .Dah bermesej2 group aku kata kat mana?.nak2 dibah..sayang kau..sampai2 jer  norisah dengan dibah dah ada.Aku just tunggu yang lagi dua orang iaitu timah dengan imah.Tak apalah aku maaf kan.(muka baik ni..haha..baiklah sangat).Aku pun start perbincangan ..ringkasan artikel baru nak gabung itu pun ada yang tak lengkap lagi.tapi tak ada rupa discussion ..asyik golak jer..sabar jela..nak2 dibah dengan timah suka wat citer klakar pecah perut aku dengan dorang ni.
Dalam pukul 4 petang pasal assignment pun selesai bincang.Dah tutup laptop dengan buku2 dah masuk dalam beg.Dah bersedia nak balik.tapi sebelum itu timah nak bincang pasal rumah sewa sebab tuan rumah dah tepon nak ajak tengok.Aku tak kisah tapi dibah rasa suruh pergi hari lain.Aku pun tak ada pilihan hari lain lah lagipun panas .Imah pun nak dah bangun nak pulang.kegembiraan kami hanya sekejap sahaja.
Tiba-tiba seorang lelaki kelas aku yang afiq datang tanya kat imah pasal asssignment.Aku tengok dari jauh muka imah macam terkejut.Aku pun pelik tapi ada lah tu.Imah pun datang balik Cakap pasal assingment kenegaraaan."eh korang assigment kena hari ini lah tapi cuba tengok kat mylearn .bukan hari rabu ke?"-imah.Aku dah start cuak bukaklah mylearn.


Kerja Kursus mesti dihantar mulai 15-17 (Ahad-Selasa)
 Sebelum pukul 5.00 petang. 


sekarang dah pukul berapa ea?


 4.10 petang
ringkasan belum gabung!
rujukan masih berterabur kat laptop!
belum print lagi!
kena hantar softcopy dan hardcopy! 

BERMULALAH DARURAT KUMPULAN 11
keadaan kitaorang huru hara sangat.aku ni jenis cepat kelam kabut lagi-lagi waktu kritikal tahap gaban macam ni.Timah suruh aku telefon ketua untuk kepastian.memang betullah..kena anta hari ini kalau lambat kena tolak.Aku dah speechless tak tahu nak cakap apa lagi.Tapi kat cafe lama ada lah satu group tengah buat jugak..so bergabung kelam kabut.Dibah tukang taip untuk wat softcopy .aku tukang print itu pun banyak ..adui napa lah aku letak lampiran banyak sangat.huhu.Dalam beberapa minit kemudian ,ketua aku izzul datang dengan motor .Dia cakap ko baru tahu ke hari ni.Aku dengan dah sememeh tudung sengit dah serabut ni .Dia cakap buat slow2 dulu.Itu pun aku lupa  ada lagi satu lampiran kat dalam bilik.Aku pun pecut lari masuk bilik yang tingkat 3.roomate2 aku tengok pelik aku berlari2 cari kertas dua helai itu.Bila dibah dah buat softcopy.Aku  dengan timah pergi print nasib baik dalam cafe lama ade kedai print.Itu pun ada yang salah print.MAAF SANGAT ATAS KECLUMSYAAN AKU.Dibah pun tolong sekali.Norisah yang jauh rumah sewa terpaksa pusing balik tak pasal2 dia pun kena malapetaka ni.Imah pun sama bergabung tenaga.Akhirnya tepat pukul 5 petang siap jugak.Afiq dengan izzul tolong hantar kan.kami kat cafe lama just tunggu jawapn dari dorang


Dalam 5.30 petang,Afiq pun datang balik.dia cakap ustaz terima hardcopy tapi yang softcopy ustaz nak sebijik macam hardcopy.Nak buat macam mana.benda dah berlaku.Dibah nak buat balik semua mlm itu jugak rasa macam tak puas hati kerja kelam kabut.Aku dapat rasakan yang aku gagal jadi ketua kumpulan.Rasa macam jahat sangat aku ni.huhuhu.terima kasih afiq dan izzul atas kerjasama anda.(^_^)

18/04/2012(lepas kelas kenegaraan)
Dibah dah siap hardcopy n softcopy dengan jaya.CAYALah dibah!!..aku pun terserempak dengan ustaz kat tepi jalan.AKu cakap baik2 dengan beliau.Tapi tersasul cakap.Hati aku nak cakap nak tukar assigmnet semalam nak baiki pulih.aku tercakap ustaz saya nak tukar assigment semalam sebab semalam buat cincai boncai.ustaz pun pelik rasa nak gelak pun ada.Hah?cincai boncai apa itu?.adui apa lah aku ni.macam cakap dengan kawan pulak.Dibah dah gelak kat belakang aku.Kami pun follow ustaz pergi bilik nak replace kerja.Nasib baik beliau consider..hehe..Dalam bilik ustaz..debaran melanda aku dengan dibah.Akhirnya ustaz terima kerja GROUP 11.bertapa leganya hati ini!!..rasa baru lepas peperangan.ustaz cakap dah cukup comel kerja ni...tersenyum lebar aku.aku pun tanya banyak tak kena tolak markah.beliau cakap ala cikit je..salah aku jugak. .memang sesuai dengan tajuk assigmnt kitawang -suasana darurat tanah melayu 1948-1960.yang ni darurat kumpulan 11..hahaha..gurau jer..Terima kasih sangat2..cuma tinggal pembentangan sahaja minggu depan.Alhamdulillah....



Itulah ceritanya.banyak memberi pengajaran kepada semua.barulah rose sedar banyak lagi kena belajar jadi ketua .Lepas ini tak mahu ulangi perkara yang sama.InsyaAllah .
moral of story
  • alert dengan maklumat terkini
  • jangan lambat2kan kerja
  • jangan gelak sangat nanti ada perkara sedih berlaku
  • sabar







No comments:

Post a Comment