Sunday, May 1, 2011

RINDU pantai pengkalan balak....





hari ni belek gambar2 masa matrik dulu..teringatlah pulak
pergi pantai pengkalan balak...dengan kawan2..rindu dengan
bunyi ombak pantai...


*cantik x???..bentuk ape la tu...



ROSZIANA!!!!!


indahnya...........


saaayyyuuu..........


bergambar selepas puas mandi..(ayat skema tol)


opppss...rahsia...rose je yang taw..lalala



andai lelaki tahu.....



ANDAI LELAKI TAHU...

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.



Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.



Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.


Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda......(^.^)





*artikel ni rose terbaca kat facebook...pengetahuan baru....hati
seorang wanita hanya Allah yang tahu...jangan risau tentang jodoh..
setiap manusia dicipta dengan pasangan masing2..jodoh dan pertemuan ditangan Allah..
tak kisah itu adalah fitrah manusia..yang penting jangan nafsu
melebihi iman kita..


Friday, April 29, 2011

HARAPAN besarKu...



Semua orang ada hasrat nak mencapai harapan
tinggi dalam hidup...rose pun ada
jugak nak simpan hasrat iaitu
(rose tunjuk je lah..korang pikirlah sendiri..hehehe)

HARAPANKU!!!!!





tolonglah........rose dah kempunan nak pergi sana..korang tak teringin
ke nak pergi sana..huhu...rose teringin nak tengok depan mata sendiri
binatang2 liar ke orang liar ke..hahaha
..kat zoo negara..


Korang tengoklah.....




*aaaarrrgghh....comel2 semua....tolonglah sesiapa bawakkan anak
jati malaysia ni pergi zoo....lagi satu perkara yang rose nak buat


....*nak peluk ORANG UTAN!!!!*....






harap impianku ini tercapai...amin....



Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir!!!!!!!!!!





Thursday, April 28, 2011

PAPARAzZI di F7P5








mesti pelik kan...kenapa paparazzi plak..
.
haha...memang tak sangka ada jugak nak intip budak2 F7p5..
bahaya ni....pastu disebarkan gambar2 mereka kat
berita negara maupun luar negara...
walaubagaimanapun...paparazzi berjaya ditangkap
tetapi maklumat identiti paparazzi terpaksa dirahsiakan....

Terdapat beberapa bukti gambar yang berjaya diambil oleh paparazi itu=



gambar ini time last kelas sebelum study week...bersama cikgu ally

ANA : eh hp aku lagi canggih dari camera ko..tengok ni siap boleh basuh guna singki
ZATIE :hehe..dapat curi beg cikgu..hahaha(gelak seorg datin)
CIKGU ALLY : mano la beg aku ni...
SYAFIQ : Bila nak abis ni..bosan aku
FATIMAH :(monolg dalaman)ish mamat ni...agak2 lah nak melepas..
KHUZA : Salamon bertukar salman khan...




rose dgn umai sempat posing..pantang nampak camera


FIREOUT!!!!!!!


sian dorang ni...tak taw camera kat mane....




awek2 cool di F7P5


hehehe..padan muka ..kena denda...lalala

Bersama professor2...


peerghhh awek purple!!!




Pihak media telah menemuramah salah seorang wakil dari p5 untuk memberi
komen tentang gambar2 tersebut yang dikatakan isu hangat ..hot and spicy..

ANA a.k.a bukan nama sebenar =(yang sedang memakan coki2)peerrrghhh....biar betul..okay2 saya ingin menjelaskan memang itu gambar2 kami..
kami bukannya artis tapi kami cuma mahu tingkatkan prestasi
kurangkan kontroversi....tapi cute jugak saya dalam gambar ni.
tolong copy dalam pendrive saya..nak photoscape...=p



*celoteh ni hanya gurauan semata2..jgn terasa..yer..saje nak perasan jap malam2 ni*


Wednesday, April 27, 2011

mereka DEKAT Di HATI




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

mase kat matrik ...

inginku memperkenalkan rakan2 sepejuangan..
.rakan segila2.
....rakan sesengal.....haha



ini tak payah lah nak kenalkan...da kenalkan...hehehe
rindunye roomate2 ku A4.1.11
sama2 gila...yang paling ku takkan lupa ....bunyi haiwan yg slalu ally dgn rose wat
....sampai rekod buat alarm...tapi still lagi tak leh bangun awal..taktaktaktaktak....
yang penting sekali....bilik kita menang bilik biah solehah...dapat no 3..memang bersyukur..
yang penting rose naik pentas ambik hadiah....haha
thanks kepada roomate2ku....memang berbaloi usaha kita bersama..
umai yang banyak berjasa...hias bilik sampai pukul 3.00 pagi...heehehehe
harap bacaan asma ul husna kat sekeliling dinding...
budak junior kite duduk bilik kite nnty boleh amalkan...

*rose bersyukur dapat roomate minat kucing...hehehe...ingat lagi sampai mak cik
cleaner tension kitaowang bela kucing....ku takkn lupa
dia ckp "DIK KAT SINI TEMPAT BELAJAR BUKAN TEMPAT
BELA KUCING..JAGA SIKIT KEBERSIHAN"....






tak lupa juga kepada nisa...rakan bilik depanku....hehe



F7P5
*we are the best among the rest*
FIREOUT!!!..


rindu betul kat korang....ni nak kena memperkenalkan sorang2

biar lady first dulu.
.

  • SITI AMINAH-selaku penolong praktikum ...(rindular)
  • SYAFIRA-sempoi je orang nye..HEHE..
  • FATIMAH- samo nogri dengan den ni
  • ALYA-orangnya cute3 gitu...
  • KHUZA-akak daya...hehehe....
  • TINA -lu memang sempoi .....memang best..
  • MAI- the best roomate...lalala
  • TIKAH-samo nogri dengan den
  • ZATIE -satu2nya datin di kelas kami...
  • AYNA-the girl next top model...hehe
  • ZAZA-rindu dengan gelakmu...hahaha..
  • ANA(denlah)-satu2nya artis terkenal dlm kelas ni....hahaha
GENTLEMEN plak...=p

  • SYAFIQ: ketua pratikum....
  • SHAHREN-rock!!!
  • DAYA-abang khuza...hehe
  • SYAHMI-goodluck!!!
  • QUE-sebut nama dia semua orang kenal...lala
  • QAMARUL-abang hot spicy katakan...lalala...
  • AMIN-abang babyface ...lalalala
  • SHAHAFIZ(tiada dalam gambar)-goodluck....
  • RIZDWAN(tiada dalam gambar)-goodluck gak...




Rasulullah bersabda :
Perbandingan teman yang baik ibarat penjual kasturi,
walau tidak memberi sesuatu , tetapi kamu mendapat
harumannya yang harum.Teman yang buruk bagaikan
tukang besi, walau tidak terkena jelaganya,maka kamu
kena juga asapnya....-hadis riwayat Abu Daud


*jangan lupa kita ae...walau jauh di mata..tapi dekat di hati...
persahabatan akan sentiasa berkekalan jika hati ikhlas dan
saling mengingati................*



SELAMAT TINGGAL KMM






SELAMAT TINGGAL KMM

WELCOME BACK ROSZIANA


miss MY SWEET HOME!!!!

(ni gambar hiasan semata2..huhu)


dah lama tak update blog...agak2 da braper tahun ae??(over
lak rose ni)

pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu begitu pantas ..
selepas scan kad matrikku buat kali terakhir....tepat pukul 4.30 ptg...
Rose da tamat pengajian program satu tahun
di kolej matrikulasi melaka
kek londang ye a.k.a london
memang sesuai diberi gelaran ex student matrik melaka

rasa sedih meninggalkan kawan2 matrik..rindu pun ada gak...
banyak memori indah ..suka duka k
ita lalui bersama....
bak kata orang kan...

"SETIAP PERTEMUAN ADA PERPISAHAN"

rasa sedih baca ayat tu..
nak buat macam mane...perjuangan harus diteruskan...insyaAllah kalau
ada jodoh ...kita bertemu kembali..(kat majlis perkawinan rose
akan dtg ke??..hahaha
berangan jap..)


kat bawah ni ada gmbr memori terindah semasa kat matrik...
harap enjoy yer...ni nak habak mai...


ini rakan2 sepejuangan rose...kuliah F7...sian gambar ku tak jelas...haha..
rindu saat ini...carilah mane den ??..yang pasti
tudungku paling menyerlah ye..
hahaha..tak silap rose ini gambar time lagi seminggu nak study week...setelah tamatnye chapter
akhir matematik......




ni plak crew F7 P5...ambik kau...menyerlah gaya ku buat..hahah...da cikgu ally
suwoh buat gaya ultraman...ambik mcm bini shrekla plak gaya ku..hahah
nape lar rose dengan Q je yg over pose.. ..hahaha
amin aka mcm wakil rakyat = nilah budak2 zaman sekarang..
....terpengaruh cerita kartun..ape nak jadi??

sebelum nak abiskan celoteh ku ini...
izinkan ku nyanyi satu lagu untuk kuliah F7 dgn rakan2 sepejuangan F7p5


tinggal kenangan

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tent
ang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku
Chorus
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari pen
ggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih

Pernah ada rasa cinta a
ntara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan se
perti dirimu
Oh bintangku

Ulang Chorus 2X

Pernah ada rasa cinta
antara kita
Kini tinggal kenangan






Thursday, January 20, 2011

Dimana etika bekerja anda????



"eh tak nak lah pergi kedai tu lagi"
"nape dgn pekerja dia tu"
"eee..tah pape je"


perbualan itu da biasa kita dengar apabila pelanggan tak puas hati
dengan layanan pekerja semasa proses jual beli dijalankan...
kami mahu KEADILAN dlm hak sebagai pelanggan..(eh over lak aku ni...hahaha)

situasi 1=
tarikh=20.01.2011
situasi di ****** (nama tempat dirahsiakan)
rose nak komen cara mereka bekerja

1.muka pekerja masam & badmood macam sotong basi...
2.ada ke mintak order dengan suara yang tinggi dan kasar..
3.menyiapkan order pelanggan sambil hentak2 bahan....
4.Tak alert apa yang dipesan..(tah lar salah dengar..menjeling kat pelanggan lak..)

..........................................macam mane nak maju????? ...........................................................................


rose bukan nak kutuk2 satu kedai ni..

tapi ambik sebagai pengajaran...


ni yang den mula nak ceramah etika pekerja ni.....
CIRI-CIRI PEKERJA COOL=

1)senyum selalu.......
2)kalau ada masalah peribadi.. jangan libatkan mood bekerja..(nyampah tgk)
3) kalau banyak pesanan ....relakssss...be cool...jangan terdesak...lalalala
4)be alert ...lebarkan telinga ...dengar betul2...