1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2.Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari dan pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagu satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang memberi minum susu badanya kepada anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
7. Wanita menyusui anaknya yang sedang menangis maka Allah beri pahala satu tahun soalat dan puasa.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
sesungguhnya...syurga dibawah tapak kaki ibu.....
......SELAMAT HARI IBU........ kepada ibu sedunia.. terutamanya ibuku PN.Salmah BT TAlib..... tiada pengganti Dirimu.... ibu ratu hatiku..... engkaulah segalanya..... ANA sayang MAk
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! 6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
dah dua hari rose xpergi jogging... bru 2 hari...badan dah berat semacam....hehehe pagi yang indah....rose join kawan2 mak rose jogging.. biase lar...teman setia jogging ni... kadang2 terasa bangga ..yelar...rose yang paling muda...cewaahh.. (sukenyer!!!!...aargghhhhh) nak kata popular pun ade gak... bru 2 ari tak jogging da ade mak cik jual kuih tegur rose taw "aik hari ni ada mood plak....lama xnmpk...mana dicampak"... ala acik ni ..taw lar rindu kat rose ....
tepat jam 8.35 a.m rose da mandi peluh ponat pn ade gak.....(peluhlar sgt...yooyoo oo jer..).... apa lagi balik lah... masa tgh jalan kaki dgn mak.... ade bintang kecil sgt....comey lak tu....kt tepi umah jiran.. rose tak pikir apepun....trus ambik bwk blik.... rose letak dalam kotak kasut...tak taw nak kasi makan ape... ape lagi...mesej kawan2..tanye ...bak kata owng jangan malu bertanya.. ada 3 orang kawanku kasi respond....thanks yer ..IJA...NIZA...MIMI... bak kata ija...=bagi cacing bak kata niza=pisang bak kata mimi=kasi nasi....rendam dlm air biar lembut...
rose ikut petua mimi... tapi anak burung tu tak nak makan...dia pandang atas jer....(xde plak sakit tengkuk)..heheh pastu da 2 jam duduk dlm kotak ...dia asyik bising je.... rose da serba salah....mak pun ckp lepaskan dia..sebab dia nakkan mak dia..
"please take me home..."
betul cakap mak rose...da pikir panjang ni... bebaskan dia je ...dia berhak terbang...huhuu...
rose pun letak dia dalam kotak ...tempatkan kt atas kereta... tapikan...anak2 angkat rose a.ka. anak kucing...da terhendap2..ni xboleh jadi ni... kang xpasal2 berlauk anak burung tu....
"ku menanti kehadiran ibuku.."
da 30 minit rose perhatikan dia.... akhirnya!!!!!........ibu dia muncul...beterbangan....dia pun terbang skali ...huhu...terharu rose... ni yang dikatakan semua makhluk sayangkan anak...tak sangka.. rose hampir2 nak pisahkan hubungan mak dgn anak burung....
1.Jangan bersedih, Allah Maha pengampun dan Maha penerima taubat 2.Jangan bersedih, setipa sesuatu telah ada qada dan qadar 3.Jangan bersedih, kerana kelapangan pasti datang 4. Jangan bersedih, kerana rahmat Allah melimpah ruah 5. Jangan bersedih, memaafkan org yg menyakiti itu lebih baik 6. Jangan bersedih, masih banyak lagi nikmat yg ada pada diri kita 7. Jangan bersedih, dunia ini tidak layak ditangisi 8. Jangan bersedih, banyak cara untuk mengusir kesedihan 9. Jangan bersedih, anggaplah celaan org itu sebagai angin yang lalu 10. Jangan bersedih , hinaan tidak selamanya buruk 11. Jangan bersedih, pilihan Allah adalah yang terbaik 12. Jangan bersedih, selagi anda masih boleh berbuat baik kepada org lain 13. Jangan bersedih, keranan banyak lagi jalan untuk meringankan musibah 14. Jangan bersedih, masih ramai org yang menyayangi anda 15. Jangan bersedih, kerana masih ada kehidupan lain 16. Jangan bersedih, tanyalah dirimu tentang hari ini, kemarin dah esok 17. Jangan bersedih, kesedihan boleh merosakkan badan dan akal fikiran 18. Jangan bersedih, kerana hidup ini bukanuntuk bersedih 19. Jangan bersedih, selagi anda beriman kepada Allah 20. Jangan bersedih, segala yg ada didunia ini tidaklah berharga 21. Jangan bersedih, nikmati lah apa yang anda miliki sekarang 22.Jangan bersedih, bolehjadi cubaan ini adalah anugerah 23. Jangan bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain 24. Jangan bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat 25. Jangan bersedih, kehidupan ini lebih singkat dari yg kita jangkakan 26. Jangan bersedih, kesedihan akan membuatkan musuh anda gembira 27. Jangan bersedih, hadapilah kenyataan walaupun pedih 28. Janganbersedih, kerana...segalanya akan berakhir..insya-Allah
Peringatan tentang kesedihan:
Mengingati Allah: hati kan menjadi tenang Solat: ubat yg mujarab menghilangkan kesedihan Redha......
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya 2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ? - Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya. - Wajib menutup aurat - Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah - Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya - Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa - Berbuat baik kepada ibu & bapa - Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang - Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa - Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami - Sentiasa menyenangkan suami - Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah - Tidak bermasam muka di hadapan suami - Tidak menolak ajakan suami untuk tidur - Tidak keluar tanpa izin suami - Tidak meninggikan suara melebihi suara suami - Tidak membantah suaminya dalam kebenaran - Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya - Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
hari ni rose baru nak mula buat blog....hehe.. bak kata orang budak baru nak belajar.. ni tengah pikir apa topik nak cerita ni.... hah!!!....ada idea....okay.. dimulakan dengan bismillah.... lirik lagu ini khas untuk rakan-rakan sepejuangan Rose....hayatilah
CEBISAN KENANGAN
ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata detik waktu yg berlalu menjadi memori kau dan aku
sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu tanpa mengenal erti penat jemu ingatkah kau lagi kita bersama memijak onak duri ditanah gersang mengutip semangat suci kini segalanya tersurat dalam sanubari
bersabarlah dengan ketentuanNya ada rahmat yg tersembunyi bertemu berpisah kerana Allah lumrah kehidupan insan beriman moga saat nan indah ku harap berulang lagi
memori semasa tadika di pusat asuhan tunas2 islam pada tahun 1998..... *carilah mana rose....*
memori 5 bougainvillea ...pada tahun 2009 memori takkan luput dari ingatku....